Saturday, November 21, 2009

rasa nak menulis

aku dan anep dah lama kenal. boleh dikatakan dia kawan 1st aku sejak datang menetap di semenanjung tanah melayu ni.
aku kenal dia dan adik dia, ika sejak umur aku 5 tahun lagi.
dulu kalau blackout ke apa, aku, abang aku, anep dan ika mesti main kerem (aku tak reti nak eja) kat depan rumah. kadangkadang main soroksorok.
bodoh. main soroksorok waktu malam.
kena sorok dengan jenglut padan muka.
anep ni pasif. lembik.
banyak benda yang kitaorang belajar samasama.
dia ajar aku, aku ajar dia.
dulu, aku ajar dia main kasut roda. sampai lukaluka lutut mamat tu terseret dekat atas jalan tar sebab aku tarik tangan dia lajulaju.
dulu, aku ajar dia suruh berani tiup belon. heh. belon pun takut? kononnya dia takut kalau belon tu pecah, nanti meletup kena mata. jadi kalau ada sukan sekolah tiup belon sampai pecah, dia mesti yang pertama tarik diri sambil sorok dekat tepi longkang.
dulu, aku ajar dia berani pegang kucing. dia kata geli. amende tah. kucing punya comel tu dia boleh geli? aneh.
dulu, aku ajar dia main game. ok tipu sebenarnya yang ni dia banyak belajar dari abang aku. kalau main CS mesti aku menang. boring betul lawan dengan dia. tak mencabar.
tapi, dia banyak ajar aku juga.
dia pandai. jadi dia banyak ajar aku dari sudut akademik.
dari darjah 4 mami dia iaitu cikgu bahasa inggeris kat sekolah aku tarik aku dan anep masuk motivasi sana sini.
budak lain semua darjah 6, kitaorang berdua je darjah 4.
mami dia garang, aku tak berani nak belajar dengan mami dia.
so anep lah yang ajar aku. dengan mamat ni aku boleh bulibuli sikit. heh.
hasil pertolongan dia ajar otak aku yang agak lampi masa tu, kitaorang samasama dapat keputusan upsr 5a.
lepastu, dia berhijrah ke sekolah sains kat cheras (tak silap aku) dan aku pula ke sekolah sains kat perak.
duduk asrama, terpisah.
lagilagi bila keluarga anep pindah ke taman perumahan lain masa kitaorang 13 tahun.
raya tingkatan 3 dulu aku pernah pergi rumah dia.
ramairamai dengan kawan sekolah rendah yang lain.
tapi anep tak keluar. dia menyorok dekat dapur main PS2.
heh. dia dah hebat main game sekarang.
masa tu masingmasing dah besar, lama tak jumpa.
so sengihsengih je ucap selamat hari raya dari sebalik pintu sementara tunggu mami dengan daddy dia bagi duit raya.
daddy dia cikgu aku juga. tapi cikgu Jubri ni jenis cool je. berbeza dengan isteri dia, teacher shah jahan yang lebih tegas. biasalah, emak.

...

semalam, 20hb nov 2009. pukul 2 pagi.
zaki (sepupu anep) call aku. dia sampai kan berita cikgu Jubri dah pergi.
maksud di sini dah meninggal dunia.
sebab? sakit jantung yang tak pernah di ketahui oleh sapasapa.
lepas subuh, aku dengan family aku start bertolak balik kampung.
pukul 8.30 pagi, aku selamat sampai di rumah arwah.
aku tengok, teacher Shah Jahan tabah. Ika tersedu sedan menangis. Hazim, Hasif dengan Haziq cium daddy diaorang untuk kali terakhir.
isteri arwah dan anakanak semua ada. yang tak ada?
anep. dia ontheway balik rumah dari Uitm Arau.
masa jenazah dah sampai di tanah perkuburan, anep bertegas minta tunggu.
syukur, dia sempat tengok wajah ayah dia buat kali terakhir meskipun jenazah terpaksa menunggu hampir sejam.

p/s ; 1st time aku tengok jenazah depandepan mata. jadi, efek dia lebih sikit.

teacher, harap tabah.
anep, live your life.

ya Tuhan, tempatkanlah cikgu di kalangan orangorang yang beriman.al-fatihah

Thursday, November 12, 2009

plis plis plis kamu jangan nakal ku pergi sebentar bukan tuk curang

amaran keras ; abaikan tajuk diatas

tujuan gambar ni diletak ; poyopoyoan

bila adam reply mesej yang aku hantar kat dia pukul 8pm, dia reply pukul 3.30 pagi. dengan alasan dia tak perasan mesej masuk sebab tak tengok handphone langsung.
itu bukan perkara biasa. sumpah bukan perkara biasa.
bila baru 2 3 kali berbalas mesej dengan sufi, lepastu dia kata 'ok.got to go.nak study'.
sumpah ianya amat menakutkan.
bila fad hantar mesej pukul 4 pagi tanya dah hafal revolusi 1911 dan 1932 ke belum.
itu. itu cukup buat jantung aku dup dap dup dap.

tapi,

bila JD call aku pukul 10malam nak ajak aku temankan dia shopping di The Curve, sambilsambil tengok pisau cukur dan makan gelak tawa di McD.
..
itu. itu memang menempah kain kapan dari aku.

grr..

ok. sumpah ni last online. online pun duk belek dia ni punya blog.
blog cikgu tu lagi menakutkan aku doe.

sumpah takut. takut sangat woo. taknak laa ulang stpm macam spm. kalau boleh nak la result kali ni macam upsr dulu. macam pmr ke. tapi tolong taknak macam spm.
berapa spm aku? HAHA.

tujuangambarnidiletak ; rasa macam kepala kena bebat.

sooooo...
seperti biasa, semua calon yang nak pekse mesti mintak maap bagai.
saya disini dengan rendah diri dan sopan santunnya nak mintak mahap.
HEHE.
ok siyes. sorry ah pape. doakan aku dapat jawab dengan cemerlang gemilang dan terbilang.
hauhahaaha.

oh sebelum terlupa

saja nak letak gambar aku dengan ketinggian 168cm neh.
muahahhaa.
..
ok ok mintak mahap balik sebab sajesaje riak.
macam tinggi sangat. ceh.


ok. saya permisi untuk berperang duluuu!



babai babai

Tuesday, November 10, 2009

aku tak kira!




kenapa aku baru tau??



aku nak join ini jugak woih



banyaknya blog yang dah private.
banyaknya blog yang dah unavailable.
banyak jugak owner blog yang buat blog lain tapi tak dedahkan identiti.
tapi aku tahu sape.
hihi



shakinah cakap ; jum ohdinasor! haha. kemain banyak nama aku kat blog kau eh. nah aku pulun banyakbanyak nama kau pulak.

paiz.paiz.paiz.paiz.paiz.paiz.paiz.paiz.paiz.paiz.


p/s ; sorry blogger tak sempat nak usha blog sorang satu. abes je stpm aku qada'! janji.

Friday, November 6, 2009

ajaib

bila mak aku offer nak sambung balik internet

aku jawab ;




jangan mak! tolong jangan sambung sekarangg! orang merayuu kat mak!! jangannn.. plisssssssssss!!! mak buat lah apa pun tapi jangan sambung internet sekarangg.

Tuesday, November 3, 2009

sambungan entry before ni

maaf ye sayang. ai bizi sangat sampai takde mase nak bersihkan bodi you.


setengah jam lepas tu

TADAA!


ehehe. ok ok yang tadi tu selingan.
ini entry sebenar.



jeng jeng jeng


hasil berlatih selama 2 jam (eleh. sebenarnya setengah jam je) melalui panggilan video bersama aleena syazmeen (guna handphone emak agar kredit saya tidak terusik)
saya, SHAKINAH tak terpeleot punn time ambil sijil kat stage masa graduasi tu.

maiahahhahaha!

sukanyerr ai! sukanyeww.

kejayaan terbesar di abad ini!
tepuk! tepuk!

....


notapalingtahi ; tadi aku buka emel. ada emel dari p1 wimax. dia tulis bil terkini aku RM192.80. !@#$! dia! last bil aku rm98 je. lepastu dia dah potong dah internet aku. huh. mana datang sampai beratus tu. tahi! tahi! hilang mood.


Monday, October 26, 2009

high heels

ahad ni ada majlis graduasi untuk form 5 dan form 6.
thehehehheheee~


dalam kepala hotak dah pikir macammacam


oh yes! yes! boleh makan banyakbanyak
lepastu tangkap gambar banyakbanyak!
lepastuu makan banyak banyak banyak lagi!
kalau cikgu tak nampak boleh seludup bilikbilik hotel yang ada sambil ngintai.
takpun boleh curikcurik pergi swimming pool lepastu terjun sambil berenang gaya kuak lentang. dengan pakai baju kurung!!?? err.
ah tak kisahlah!
lepastu makan banyakkkk lagiii!
miahahahahahaha~
oh heavennyaaaaaaaaaaaa!


tapi tapi.
syarat dia kena pakai baju kurung atau kebaya.
ofkos mokos lah I pilih baju kurung youu!
boleh langkah besarbesar tanpa sepadan.
lepastu dia kata kena pakai kasut tutup depan. takleh sandalsandal.
ofcos mokos lah I tibai manamana kasut yang I ada youu.
boleh lah pijak kaki orang dengan penuh yakin tanpa risau diri sendiri jatuh ketika sesaksesak berebut ambil makanan.
.
lepastu. dia kata. nak kasut ada tumit.
damn.
ok yang ni bala.
yang ni I takde.
yang ni I tak boleh nak langkah besarbesar. sebab kalau I tak tergolek pun mesti terpeleot punya lah!
tak boleh nak sukati pijak kaki orang lain. sebab nanti luka la kaki orang lain tu.
grrr. grr.
mana I nak cari high heelss high heelss ni!
the point is, apa high heels high heels ni!

blerghh~

ok sebenarnya boleh je kasut flat, tapi kawankawan I yang kurang ketinggian semua pakat nak nampak tinggi hari tu.
ceh. gua baru ingat nak naik stage ambil sijil tu pakai baju kurung dengan sneakers je.
tapi kena kutuk awalawal dah oleh kawankawan.
dorang kata kau agakagak lah dowh nak pakai sneakers naik pentas! itu majlis graduasi bukannya kelas tambahan ke tuisyen ke apa. high heels biar lah kita nampak matang sikit.
eleh. high heels je matang lah kunun?
atleast nampak ladies-girlish sikit lah.

so kalau aku tibatiba terpeleot time ambil sijil kat atas pentas dengan ditonton oleh berjutajuta! ok over. beratusratus orang yang ada kat situ memang lah aku saman setiap orang yang gelakkan aku.

Thursday, October 22, 2009

tibatiba terjumpa diari lama

25 september 2007

pukul 8 sampai 11 malam aspura masih dum dam dum dam main mercun. siot betul.
pak jaga dah sound banyak kali pun tak faham bahasa.
budak form 5 dorm ruqyah nak focus menghafal susunan periodic table pun tak lepas. mana metal non-metal.
zul dan meen masih sabar bertapa depan meja study. masih menghafal metal non-metal. spm dah dekat spm dah dekat. itu yang mereka fikir, mungkin.
shax dah tutup buku kimia tingkatan lima balun megi asam laksa suki yang dari tadi makan soroksorok tepi loker.
ika? tongkat dagu atas meja dengan buku sejarah tegak atas meja padahal mata dah lama tutup.
...
masa berlalu. aspura masih ligat dengan mercun bola, mercun telur, mercun mancis, thunder dan sebagainya.
...
pukul 11.59 malam suasana asrama sudah mula senyap. aspuri kentut pun boleh dengar sampai aspura agaknya. dengar kata warden paling rare, cikgu azman nak datang round lepas dapat laporan dari pak jaga yang budak aspura main mercun.
tepat pukul 12 pagi, adak iaitu adik dorm yang terkenal dengan gaya rambut chibi maruko chan muncul depan pintu, sengihsengih.
shax dari jauh dah bau unsurunsur kesyaitanan. serentak, adak, zul, meen, shax, suki dan ika berkumpul kat meja study.
bincang bincang. pung pang pung pang. debuk sana sini. tarik rambut.
setel.

shax, meen dan zul keluar dorm, menuju ke toilet hujung.
koridor aspura aspuri dah gelap, light off kononnya.
tapi dalam gelap masih nampak kelibat bobok bertenggek kat koridor aspura.
adak kat pintu dorm usha pagar asrama nun di sebelah DM. kosong. tak nampak kelibat kereta waja kelabu milik cikgu azman lagi.
shax, meen dan zul mencangkung. dengan lafaz bismillah, zul nyalakan api. meen usha keliling.
2 biji bola kecil bewarna hijau merah di bakar dan shax baling jitu laksana atlet lontar peluru 2 biji bola kecil tu ke arah aspura.
shax meen dan zul cepatcepat jalan katak masuk toilet sementara 2 biji bola kecil tadi selesai menjalankan tugas.
meletup. tepat pada masa cikgu azman turun kereta depan pagar asrama.
akak tingkatan enam yang khusyuk stadi dekat bilik stadi tepi tandas tu menjerit sambil keluarkan katakata nista.
kurang ajar !$%! **** aspura tak reti diam orang nak stpm lah bodoh!
shax, zul dan meen keluar tandas berjalan laju balik dorm sambil menyambung carutan oleh akak tingkatan enam tadi.
entah. bodoh lah aspura! tak habishabis dengan mercun. orang dah lah nak exam, nak study!
dengan penuh perasaan.

sebelum masuk dorm shax sempat intai cikgu azman dah jalan laju dengan amarah yang membara menuju ke aspura.
dengar cerita aspura tingkatan 4 teruk kena malam tu.


notasebelumbelah ; ceh.

Tuesday, October 20, 2009

dari ahad lepas lagi aku dah fikir nak update blog











































tapi hari ni aku dah lupa nak tulis pasal apa



notasebelumbelah ; skill menulis aku makin lembab macam sipot, lampi macam ulat. damn!!

Friday, October 16, 2009

bila ramai saya kecoh, bila berdua saya senyap.

aku selalu alami situasi macam ni.
bila ramairamai dengan kawan bukan main kecoh porak perandakan rumah tangga orang.
tapi bila tinggal berdua mula kekok dan janggal.
boleh dibilang guna jari berapa kerat je yang aku tak kekok bila tinggal/lepak/gaduh berdua.

family ; mami terchenta, acha, abang haku, cousin - angah along beserta askaraskar kicik, pakcik gua - cikmi & cikman.
kengkawan ; supi, suki, meen, adam, zaki, adik supi - sofia, julia, liza, faiq, fard.
sungguh aku nak tambah, tapi memang dah takde. isk~
sadis betul dah dekat 19 tahun hidup pun tapi still sikit je kawan yang aku in bersama.

ayah aku tiada dalam list famili di atas?
percayalah sesungguhnya aku memang agak kekok bersama beliau.
sebagai contoh, bila makan berdua di atas meja.
aku lebih sanggup makan lajulaju sampai tercekik tulang kepak ayam dari duduk lamalama makan atas meja tu.
HAHA. bodoh gila shax kekok dengan ayah sendiri.
-_____-"
tapi kadangkadang je la. most of the time macam ok je.
lagi satu kerabat family yang tiada dalam list di atas,
adik lelaki aku. memang aku jarang cerita pasal mamat ni.
sebab aku dengan dia tak berapa nak ngam. asyik bergaduh je.
pendek kata bila bau je ketiak masam dia kat luar pintu rumah,
bulu roma dah tegak berdiri. aura membunuh dah datang.
sebab tu aku lebih banyak senyap kalau dengan mamat tu. malas nak bertekak.

ok berbalik pada topik asal.
maksud kekok disini ialah dalam keadaan aku senyap, dia lagi senyap. aku cakap sepatah, dia jawab setengah patah. tapi bila ramairamai dengan membe ok pulak. ish.

bila kekok, keadaan akan jadi hening & tak selesa gila.
automatic aku akan jadi macam sopan dan penyantun.
berubah secara drastik dari budak henry gurney jadi budak maahad hamidah kajang. hamidah?
aku mesti buat lawak tak jadi lepastu gelak yang dibuat2 lantas orang yang bersama dengan aku pada masa tu akan cakap dalam hati annoying gila minah ni.
lagi sekali aku nak buat
-_____-"
sebab tu bila orang yang baru kenal aku [yang tak tahu menahu tentang blog ni] akan bajet aku ni sweet, sopan santun, rajin, hormat orang tua, baik hati, kunjung mengunjungi, tolong menolong, gotong-royong dan pelbagai sifat mahmudah yang lain.
tapi bila tengok aku bersama dengan group yang aku tak kekok bersama [iaitu orangorang yang berada dalam list diatas],
mereka akan hadiahkan jelingan maut dan senyuman sinis lagi berbau bangkai sambil berkata 'ingatkan baik, rupanya macam syaiton.'
tapi aku takdelah jahat macam syaiton weh. isk isk.
tapi yang pasti itu bukan salah aku. sapa suruh judge orang cepat sangat.
padan muka bila tersalah judge.
MUAHAHAHA.

tuntasnya, keadaan yang senyap dan hening buat aku kekok.
menci tawwwwwwww!
haha. bodoh. geli sungguh eja sebegitu rupa.
tapitapi kalau baru kenal ke 1st time jumpa ke tapi perangai gila dan kecoh sentiasa itu takpe.
aku boleh join mengecoh.


notasebelumbelah ; aku dah penat bercerita. cerita anda??

Tuesday, October 13, 2009

mili krus

kiah (nick name rekaan shax) adalah seorang kenalan saya yang amat meminati lagulagu seperti dambaan pilu - khai, keabadian cinta - anuar zain dan yang sama waktu dengannya

pada satu hari, kiah dengan yakinnya telah bertemu saya untuk bersembang tentang sesuatu.

ini perbualan antara shax bersama kiah.

kiah ; shax! lagu baru mili krus tu best kan??

shax ; ho? mili krus mana ni?

kiah ; alaa. lagu dia yang USA USA tuuu.

shax ; mili krus sape? tak kenal laa. indon ke?

kiah ; ketinggalan gila kau tak tahu lagu dia yang tu. omputih la. alaa, dia yang nyanyi lagu The Climb tu gak. Mili krusssss! takkan tak kenal??

shax ; oo. mili krus?

pada awalnya saya rasa nak sumpah dia tumbuh ketumbit kat lidah.
tapi nanti dia merajuk pula, so saya iyekan sajaaa.
baikkan saya?


notasebelumbelah ; M-I-L-E-Y C-Y-R-U-S bunyinya MILI KRUS ya muridmurid